Wednesday, June 25, 2008

KITA, NAFSU DAN SIKAP..

Aku selalu berpendapat dan aku yakin begitu juga dengan yang lain bahawa perpaduan itu amat penting terutama di dalam negara yang berbilang kaum. Tetapi aku juga berpendapat, perpaduan yang kekal akan hanya boleh dicapai dengan wujudnya keseimbangan ekonomi. Walaubagaimanapun, secara semulajadinya perkara ini tidak akan tercapai selagi manusia itu mempunyai nafsu. Oleh itu, adalah mustahil kerana nafsu itu adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan dengan manusia itu sendiri. Aku yakin tidak ada manusia di dunia ini yang tidak mempunyai nafsu. Disebabkan wujudnya nafsu dalam diri kita ini, apa yang dihajati pasti akan dicari dan apa yang diperolehi pasti akan dikekal dan ditambah kononnya atas dasar kestabilan. Itulah manusia, kita tidak boleh lari dari nafsu. Disebabkan nafsu kepuasan tidak akan ada dalam diri setiap manusia. Aku bersetuju bahawa nafsu juga membawa kepada kebaikan seperti bersifat rajin, betanggungjawab dan sebagainya, tetapi ianya juga membawa kepada sifat tamak dan sifat ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih dahsyat seperti peperangan. Kalau bukan nafsu tidak wujud peperangan dunia pertama dan kedua. Atas dasar nafsu manusia akan cuba untuk mengekalkan kuasa selama yang mungkin dan atas dasar nafsu orang yang lemah akan ditindas. Sebab itu islam mewajibkan kita menunaikan solat lima dan zakat agar nafsu kita sedikit sebanyak dapat dibendung.

Apa yang pasti, aku amat bersetuju saranan Tun Dr. Mahathir tentang apa itu perpaduan. Melayu perlu membentuk perpaduan! Walaubagaimanapun, aku juga berpendapat, kita juga perlu membentuk perpaduan dengan bangsa dan agama yang lain kerana di Malaysia ini bukan hanya melayu dan agama islam sahaja yang wujud dan melayu juga perlu ada sifat bahawa kita juga setanding dengan bangsa lain. Aku dapati, selama 27 tahun aku hidup kat bumi Malaysia ini ada beberapa petikan ayat yang selalu diungkapkan oleh orang melayu dan selalunya agak negatif antaranya ialah:
  1. " Cina memanglah pandai berniaga, dia tak payah sembahyang, halal haram pun tak peduli"
  2. "Aku tak boleh nak presentla, aku tak pandai cakap depan orang, Bahasa inggeris aku pun teruk, cina lainla hari-hari cakap bahasa inggeris"
  3. "Nanti kau habis belajar nanti engkau nak kerja apa? Kursus yang engkau ambil tu, aku rasa susahla nak dapat kerja" ( kadangkala ayat ini diungkap oleh cikgu yang pastinya melemahkan semangat anak muda tersebut)
  4. " Habis belajar nanti kerjalah dengan kerajaan, kalau dapat jadi cikgu lagi bagus..kerja senang..cuti pun banyak"
  5. " Aku masuk parti ni sebab nanti kalau aku nak berniaga, ada banyak kabel..nak dapat kontrak pun senang"
Setuju atau tidak, itu aku tidak kisah.Tapi apa yang pasti inilah yang aku selalu dengar lebih-lebih lagi semasa aku belajar dekat universiti dulu. Aku pun bukan pun bagus sangat nak cakap lebih-lebih tapi inilah yang selalu aku dengar.Renung-renungkanlah...

Wednesday, June 18, 2008

MELAYU..

Melayu terbahagi kepada etnik melayu dan bangsa melayu. Etnik Melayu berbeza dari bangsa melayu kerana definisinya lebih spesifik. Etnik melayu dikatakan berasal dari Borneo dan berkembang hingga ke sumatra dan seterusnya ke Semenanjung Melayu. Bangsa Melayu pula istilahnya lebih luas. Pada 1775, satu thesis doktor falsafah mengatakan, terdapat 4 jenis bangsa utama manusia mengikut warna kulit iaitu Caucasia (putih), Ethiopia (hitam), orang asli Amerika (merah), and Mongolia (kuning). Pada Tahun 1795, Johann Friedrich Blumenbach (1752-1840) menambah bangsa melayu menjadikan lima kesemuanya. Bangsa melayu mengikut Blumenbach adlah bangsa antara Ethiopian dan Mongolia. Di malaysia, seperti yang termaktub dalam perlembagaan malaysia artikel 160, melayu di istilahkan sebagai warganegara malaysia yang menganut agama islam, berpegang pada budaya melayu dan tinggal samada di Malaysia ataupun Singapura. Sebenarnya, definisi ini adalah berlainan dengan definisi “etnik melayu” dan ianya sangat rapuh dan longgar yang menyebabkan bangsa lain dari etnik yang berlainan juga boleh bergelar “melayu”.

Populasi Melayu di Malaysia pada 2004 adalah sebanyak 50.4 peratus. Daripada istilah diatas, Melayu Malaysia yang keluar dari islam adalah bukan boleh lagi digelar Melayu manakala bagi bukan Melayu yang memeluk islam boleh digelar Melayu tetapi dengan beberapa faktor lain. Sebagai contoh salah satu dari ibu atau bapa adalah melayu muslim, maka anak tersebut serta merta digelar melayu atau bumiputera.

Melayu di Malaysia, tertakluk kepada hak istimewa sama seperti bumiputera yang lain. Pada tahun 1971 selepas terjadinya rusuhan kaum, Dasar Ekonomi Baru telah ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak untuk meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera Amnya dan Melayu khususnya disamping tidak meminggirkan bangsa lain yang terdapat di Malaysia. Ianya bertujuan untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Ramai pihak menganggap ketidak seimbangan ekonomi berpunca dari dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu sebelum merdeka. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969. Ini bermakna isu utama di sini adalah kemiskinan. Antara hak istimewa yang utama ialah dasar 30 peratus pegangan ekonomi melayu. Untuk mempastikan dasar ini berjaya beberapa polisi telah dibentuk antaranya ialah:

1. Syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur hendaklah memperolehi pegangan ekuiti bumiputera sepanyak 30 peratus untuk memenuhi keperluan penyenaraian. Syarikat asing yang ingin tersenarai juga hendaklah memenuhi kriteria tersebut.

2. Beberapa peratus rumah yang baru siap dibina hendaklah dijual kepada bumiputera dengan pemberian diskaun sebanyak 7 peratus.

3. Skim amanah Saham khas untuk bumiputera seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB).

4. Kebanyakan tender projek kerajaan mensyaratkan syarikat yang memohon adalah syarikat bumiputera. Akibat daripada polisi ini, telah menyebabkan syarikat bukan bumiputera menggunakan bumiputera untuk mendapatkan tender kerajaan. Ini juga dipanggil “ali baba”.

5. Permit AP adalah dicipta untuk membolehkan bumiputera mengimport kereta untuk dijual di Malaysia. Ianya bertujuan supaya bumiputera mampu terlibat sama dalam industri automotif kerana syarikat yang memohon AP hendak mempunyai pegangan bumiputera sebanyak sekurang-kurangnya 70 peratus. Pada 2004, the Edge (suatu akhbar perniagaan Malaysia) menjangka bahawa setiap keping AP bernilai lebih kurang RM35,000. The Edge juga menjangka bahawa Nasimuddin Amin, pengerusi Naza Group menerima 6,387 keping pada 2003, menjadikannya penerima AP terbesar. 12,234 keping AP diisu pada 2003. Tambahan pula, pembuat kereta asing diwajibkan membayar antara 140% dan 300% duti import. Ekoran dasar-dasar ini, banyak jutawan Bumiputera lahir dengan senangnya daripada hubungan mereka.

Walaubagaimanapun, keistimewaan yang diberi menyebabkan sesetengah pihak menganggap bangsa Melayu tidak mampu berdiri sendiri. Sebagai contoh Tun Dr. Mahathir pernah membuat kenyataan yang antara lainnya seperti berikut:

"Kami telah cuba memberitahu mereka kalau mereka bergantung pada subsidi, mereka akan terus menjadi lemah. Tapi mereka macam tidak faham. Kami memberitahu mereka kalau mereka guna tongkat, mereka tidak boleh berdiri. Buanglah tongkat, berdiri tegak kerana anda masih ada kemampuan itu. Saya pernah cakap tentang ini dan sebagai seorang doktor saya amat tahu maksud tongkat tetapi mereka tetap mahu cari jalan senang. Kalau saya ada AP dan jualkannya untuk mendapatkan wang, itu tiada masalah, kata mereka."

Graduan melayu juga tidak lari dari masalah “tongkat” dimana ramai graduan melayu menganggur dan tidak mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa inggeris menyebabkan syarikat luar negara yang berpengkalan di negara ini tidak mengambil graduan melayu sebagai pekerja! Melayu juga masih tidak banyak mengambil kursus-kursus kritikal seperti akauntan, jurutera dan perubatan. Sebagai contoh setakat 2007, kaum Cina Malaysia menguasai profesyen akauntan, arkitet dan jurutera manakala kaum India Malaysia menguasai profesyen veterinarian, doktor, peguam dan doktor gigi jauh melebihi nisbah populasi masing-masing berbanding Bumiputera.

Untuk bercerita tentang Melayu juga, kita tidak boleh lari tentang konsep “ketuanan Melayu”. Konsep ini adalah satu konsep dimana melayu dianggap Tuan di bumi Malaysia ini dan bangsa cina dan india yang dianggap sebagai pendatang disifatkan terhutang budi kepada melayu kerana membenarkan mereka bermastautin di negara ini. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

UMNO adalah parti politik terbesar di Malaysia daa ianya merupakan pengasas kepada penubuhan parti Barisan Nasional (BN). UMNO dikenali sebagai penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu dan ideologi Islam tulen, yang memperjuangkan bahawa orang Melayu dan orang-orang Muslim lain merupakan orang peribumi di Malaysia, oleh itu berhak menerima keistimewaan sebagai hak semenjak lahir. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Selepas beberapa detik dari zaman Kesultanan melayu melaka, sebelum merdeka sehingga zaman pasca merdeka, mungkin ada benarnya kata-kata hang Tuah iaitu “Takkan melayu hilang di dunia”. Tetapi adakah kewujudan bangsa melayu ini hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Jika kita lihat bangsa melayu seperti sudah tidak percaya kepada asal-usul mereka. Lupa cara hidup islam, lupa adat dan terlalu memuja budaya Barat. Inikah melayu yang kita mahukan. Inikah “tuan” yang kita inginkan untuk memerintah Malaysia. Bangsa lain tidak akan hormat pada kita jika kita tidak hormat pada diri sendiri. Ingatlah wahai melayu, “ PERJUANGAN BELUM SELESAI”.

Tuesday, June 17, 2008

Belajar atau kerja

Belajar atau menuntut ilmu adalah suatu yang dituntut dalam islam. pelbagai ilmu yang boleh kita perolehi asalkan kita ada keinginan untuk memperolehinya. Menuntut ilmu tidak semestinya memerlukan seseorang itu untuk melanjutkan pengajian ke menara gading tetapi semasa kerja juga kita perlu untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan agar dapat kita bersaing secara sihat dengan pekerja lain. Ada suatu persepsi yang besar dikalangan kita yang menganggap melanjutkan pengajian ke menara gading adalah untuk menjamin kerjaya yang cemerlang. Tetapi pada zaman sekarang ini ramai graduan yang menganggur terutama melayu kerana tidak mampu bersaing dengan bangsa lain. Kelemahan utama yang didapati adalah kelemahan dalam menguasai bahasa inggeris. Sepanjang pengalaman saya, pelajar melayu selalu mengaku kalah dalam mempelajari bahasa inggeris. Ada sesetengah pelajar yang menyerahkan bulat-bulat tugasan kepada kawan yang agak mahir dalam inggeris untuk diterjemahkan tanpa ada usaha untuk melakukannya sendiri. Diakui, kebanyakan dari kita berasal dari kampung dan terdedah kepada persekitaran "kampung". Seperti biasa, dalam mencari ilmu kalau tiada kesilapan kita tidak akan mahir, begitu juga dalam menguasai bahasa inggeris. walaubagaimanasekalipun, saya tidak bersetuju bahasa inggeris digunakan melebihi penggunaan bahasa melayu dalam hidupan seharian terutamanya majlis rasmi. Ini kerana ianya menunjukkan kita masih tidak bebas dari penjajahan. Kita lihat di Indonesia, setiap terbitan buku baru yang diterbitkan dlam bahasa inggeris akan diterjemahkan segera dalam bahasa indonesia, tetapi di malaysia tidak!
Berbalik kepada menuntut ilmu ,setiap dari kita perlu membuang sifat 'belajar kerana kerja bagus' tetapi perlu dipupuk dalam hati bahawa ilmu yang kita perolehi adalah untuk masa depan agama, bangsa dan negara. saya percaya ilmu yang kita perolehi akan 'lekat' jika kita ikhlas dan bukan semata-semata kerana 'kerja bagus'. Saya juga lihat, kebanyakan dari kita jika tiada kerja bagus selepas bergraduat barulah 'terkebil-kebil' nak sambung belajar. Sikap ini tidak membantu kita menjadi orang cemerlang. kita perlu tetap pendirian. Kalau kata nak kerja, fokus dan belajar bagaimana hendak menarik perhatian majikan untuk mengambil kita. belajar bahasa inggeris, berkomunikasi dan sebagainya yang boleh. Kita juga perlu ada impian yang besar. kalau kita kerja apa yang kita hendak. sematkan dalam hati, "Aku nak jadi CEO" atau sebagainya yang meningkatkan motivasi kita.
Kalau kita nak sambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi, kita juga mesti ada impian yang besar. Jika hendak menjadi pensyarah mesti bersebab. Kalau setakat nak gaji dan kerja selesa, lebih baik lupakan! Aku pun nak jadi pensyarah! tapi pensyarah "unggul". Unggul sehingga universiti Harvard sekalipun "Tabik" kepada aku. Amin..

p/s menunggu waktu untuk menjadi Naib canselor..

Monday, June 16, 2008

Gunung Nuang dan sampah..




Aku dan Nuang memang tidak dapat dipisahkan. Selepas beberapa kali ke sini, aku tetap teruja untuk ke sini. Penat, sakit dan lenguh badan sudah tidak menjadi soal asalkan aku puas untuk sekali sekala untuk menghirup udara segar, dengan sungai yang tersangat jernih serta sejuk and mencapai kepuasan untuk mencapai puncak gunung setinggi 1493 meter. Walaupun ada kawan aku kata, “ Kau nak pergi Gunung nuang, tak ada tempat lain ke? ” tapi aku tidak kisah asalkan aku keluar peluh. Tetapi kali ini lebih istimewa sebab aku bawa insan teristimewa ke gunung ini bersama rakan-rakan “segunungku”. Walaupun dari riak wajahnya macam tak mampu menawan puncak gunung itu, tetapi dia membuktikan dia mampu dan lebih manis dia adalah orang pertama menawan puncak. Biasalah tu, budak ‘hutan’! setakat naik gunung rendah-rendah ni boleh sahaja.

Walaubagaimanapun, disebalik keindahan alam ciptaan Allah S.W.T ini, terdapat satu sikap yang aku rasa tidak bertanggungjawab, Bodoh dan seangkatan dengannya! Penat aku naik atas, baru saja nak pasang khemah, terhidang pula mata aku dengan sampah yang agak banyak dan bau yang boleh tahan. Hilang selera aku! Jenis apa orang macam ni. Orang nak ‘camping’ dia pun nak juga, tapi tiada otak. Siapa nak bawa turun sampah yang banyak tu. Lain kali bawa turun sekali sampah tu. Bukannya berat sangat pun. Kalau malas, tanam sahaja sampah tu. Nasib baiklah air sungainya masih cantik lagi. Sejuk sikit hati ni. Sepanjang 3 hari berada diatas gunung, aku dapati sesuatu perlu dilakukan agar gunung sentiasa bersih dan semua pengunjung yang datang tahu tanggungjawab masing-masing. Tetapi yang aku sangat kagum adalah sikap segelintir orang yang agak berusia yang dikatakan datang setiap minggu mendaki selam lebih 5 jam, semata- mata untuk mengutip sampah! Kebanyakan mereka ini adalah bangsa cina yang menganggap aktiviti ini adalah untuk kesihatan. Kalau tiada mereka semua ini, pasti persekitaran gunung semakin hari semakin tercemar.

Apa sekali pun, Aku pasti akan ke sini lagi. Maklumlah, Budak KL macam aku ni, ini sahaja gunung yang paling dekat dan menjimatkan kos untuk aku yang punya ongkos yang tidak seberapa ini.

Wednesday, June 11, 2008

hardwork..work hard!

Human is the most intelligent species in this world..we have brain,we have mind and we have idea. Good idea will bring people to peaceful life. however, most of the people just come out with "selfish" idea. Rich people just think how to make them richer and poor people just think how make them survive. It is very difficult to see people come out idea that can help other people, even our leader.
However, with the situation that happen in our country.. people is still not realize the meaning of hardwork. When we do something, we need to work hard. I believe if we focus, hardwork , tawakkal we will get a good result! No matter what we do, without full energy, without positive thinking, and without hardwork.. we can't go anywhere..
Keep up a good work, insyaalah.. nobody can hurt our feeling, even our leader! But don't forget to help other people!!

Banyak barang dah naik...

Kesusahan sudah semakin dirasai, setiap dari kita terutama golongan rendah dan pertengahan akan terasa bahang harga. Telur sudah naik, tambang bas naik, makan tengah hari pun terasa mahal..tapi satu je tak naik lagi..cuba teka? GAJI RAKYAT!

Monday, June 9, 2008

Apa itu miskin?

Secara umumnya kemiskinan itu adalah ketidakmampuannya seseorang itu untuk memenuhi atau kekurangan keperluan asas dalam hidupnya atau. Dizaman moden ini, kemiskinan bagi kebanyakan orang adalah kekurangan wang. Bank dunia mentafsirkan seseorang itu adalah terlalu miskin jika berpendapatan kurang dari US$ 1 sehari manakala jika kurang dari US$ 2 sehari dianggap sebagai miskin. Dianggarkan terdapat seramai 1.1 billion orang yang berpendapatan bawah US$ 1 manakala seramai 2.7 billion orang yang berpendapatan bawah US$ 2! Penduduk yang terdiri dalam terlalu miskin telah berkurang dari 28% pada 1990 kepada 21% pada 2001. Kemiskinan Di Asia Timur dan Selatan juga berkurang kepada 27%, jatuh dari 29.5% pada 2006 dan 69% pada 1990. Walaubagaimanapun kadar kemiskinan di Afrika (subsahara) telah meningkat dari 41% pada 1981 kepada 46% pada 2001. Ini telah meningkatkan populasi kemiskinan dari 231 juta orang kepada 318 juta orang.

Di Malaysia dianggarkan terdapat seramai 50,000 keluarga miskin tegar atau seramai 1% daripada 25 juta penduduk Malaysia. Di Malaysia, kemiskinan tegar adalah pada mereka yang berpendapatan kurang RM264.50! Kemiskinan di bandar adalah seramai 2% manakala seramai 11.4% bagi penduduk luar bandar. Orang Melayu masih lagi mengungguli paras kemiskinan iaitu pada paras 8.3%, kaum India mencatatkan sebanyak 2.9% dan kaum Cina mencatat 0.6%.

Merujuk United Nations Human Development Report 2004, Malaysia mempunyai jurang golongan kaya-miskin yang paling luas di rantau ini.
Sebanyak 10 peratus rakyat Malaysia mempunyai kekayaan berlebihan 22 kali ganda daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang paling miskin. Malah, 10 peratus rakyat Malaysia yang terkaya itu menguasai 38.4 peratus ekonomi negara, tetapi 10 peratus rakyat termiskin hanya menikmati 1.7 peratus sahaja ekonomi negara. Antara beberapa faktor yang menyumbang kepada kemiskinan adalah yang paling utama faktor ekonomi. Antara faktor lain ialah faktor kecacatan atau OKU. Kesimpulannya, dari fakta diatas diharap kita semua sedar bahawa kemiskinan itu musuh negara malah islam itu mengatakan bahawa kemiskinan membawa kemungkaran. Indeks jenayah akan meningkat jika kemiskinan juga meningkat. Malangnya umat islam itu sendiri terkenal dengan “KEMISKINAN”. Aduh-aduh...

Sunday, June 8, 2008

Suka atau senang?

Suka atau senang?

Setiap manusia tidak kira kecil, besar, tua atau muda pasti ada sesuatu yang sangat disukai. Ada orang sangat suka kepada kereta. Ada pula yang suka membeli belah. Berhabis sebanyak mana sekali tidak menjadi soal asal diri merasa puas. Ini bermakna ‘suka membawa kepada kepuasan’. Tetapi sedarkah kita sebagai manusia, apabila membabitkan kerjaya atau masa depan, apa yang kita suka tidak lagi menjadi soal. Apa yang penting berapa banyak duit yang diperolehi. Oleh itu ia akan membawa kepada kesenangan. Ini pula bermakna ‘duit membawa kesenangan’.

Walaubagaimanapun, tidak semua kerjaya itu adalah apa yang kita suka. Lebih 90% manusia didunia tidak gembira apa yang mereka lakukan terhadapa kerjaya mereka. Tetapi asal dapat duit, pendam sahajalah dihati. Tetapi kebanyakan orang yang berjaya didunia ini melakukan apa yang mereka sangat suka. Sebagai contoh Warren Buffet, Bill Gates, Donald Trump, Syed Bukhari, Tun Dr. Mahathir. Mereka ini dikenali sebagai orang yang amat berjaya terhadap bidang yang mereka lakukan. Sebagai contoh Nicol David, walaupun memperolehi keputusan SPM yang sangat cemerlang tetapi demi cita-cita, impian dan melakukan apa yang disukainya Nicol sangup melupakan pengajiannya ke menara gading. Sekarang terbukti pilihan Nicol tidak salah. David Beckham pula dikatakan akan menambah sendiri jadual latihannya agar dapat meningkatkan prestasi dan ini dilakukan kerana dia melakukan apa yang dia suka. Ini pula bermakna, ‘suka membawa kejayaan’. Jikapun kita tidak berjaya atas apa yang kita suka, saya percaya kegagalan tersebut juga satu kepuasan yang amat besar.

Dimasa ini, terdapat ibubapa yang menyuruh anak mereka melakukan apa yang mereka rasa penting dan perlu, bukan apa yang anak mereka suka. Saya percaya, melakukan sesuatu yang kita suka akan membantu kepada pembentukan sahsiah seseorang tersebut. Sebagai contoh, jika anak tersebut terlalu suka bermain bolasepak, berikannya galakan dan bimbing anak tersebut supaya dia tidak tercicir dipertengahan jalan. Jikapun kita ingin anak kita menjadi doktor, berikan galakan dengan mempertontonkan dokumentari dan rencana terhadap bidang kedoktoran, bukan menonton akademi fantasia!

Kualiti kerja akan meningkat jika kita suka, gembira dan bahagia terhadap apa yang kita lakukan. Ramai orang mahu menjadi cikgu atau kakitangan kerajaan kerana merasa masa depan akan ‘terjamin’. Kalau tanya kenapa tidak membuka perniagaan, mereka akan kata “maaf, aku tidak minat berniaga”.

Kesimpulannya, Tepuk dada, tanya Iman. ‘Suka atau senang’.

Wednesday, June 4, 2008

Minyak dan rakyat..

Assalamualaikum..sekali lagi saya kena cerita juga berkenaan dengan minyak! Minyak sudah menjadi satu keperluan hidup yang sangat besar kepada rakyat malaysia dan seantero dunia. tanpa minyak kita 'demam panas'! Tetapi harga minyak yang terlalu tinggi juga akan menyebabkan 'huru-hura'. Hura-hura ini bukanlah rusuhan ketidakpuasan tetapi berkaitan dengan kehidupan seharian. Bayangkan selepas ini pasti keseluruhan kos kehidupan kita akan meningkat secara mendadak. Walaupun kerajaan membayar tunai kepada rakyat, tetapi wang tersebut tidak mencukupi untuk menampung segala kenaikan kos. Bayangkan tiada lagi harga siling bagi simen. selepas ini harga rumah pasti akan lebih tinggi dan sewa juga akan meningkat. Gas bagi industri juga naik dengan mendadak dari RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54. Keadaan ini akan membuatkan industri terpaksa menaikkan harga bagi menampung kenaikan kos. Itu belum lagi kenaikan tarif elektrik yang bakal berlaku 1 julai ini. Untuk pengetahuan kerajaan yang 'mementingkan' rakyat ini setiap sen kenaikan membawa kepada'bencana'! Gaji menteri sebesar 5 angka tidak akan merasai keperitan rakyat yang hanya bergaji 3 atau awalan 4 angka. Gaji graduan belum pun mencecah 2 ribu. tetapi bayangkan kos menyewa, kos pengangkutan dan lain-lain lagi. selepas ini pastinya setiap hari mereka terpaksa makan mee segera! itupun satu bungkus kena kongsi 2 orang! sedih mengenangkan perkara ini. Dikala kerajaan mengatakan supaya rakyat berjimat cermat, aduh... nak jimat macam mana lagi! Kerajaan juga mengatakan kenaikan elektrik akan meningkatkan motivasi kapada industri untuk mengurangkan kos operasi. Apalah, dah kata orang berniaga mestilah kena kurangkan kos operasi! dari dulu sampai sekarang macam itulah! Kerajaan sekarang tiada minda orang berniaga! Malaysia adalah antara pengeluar minyak utama dunia tetapi menaikan harga minyak sehingga 40%, lebih banyak daripada kenaikan 10% yang dilakukan oleh negara pengeluar bawang utama dunia iaitu India! Kerajaan kata akan mengunakan lebihan subsidi minyak sebanyak RM13.7 billion untuk subsidi produk makanan! kalau macam itu, turunkan harga beras sekarang juga! kalau nak membina infrastruktur, tolong pastikan ianya benar-benar menguntungkan rakyat, bukan menguntungkan kroni kerajaan!

Penjaja Melayu...

Penjaja melayu..

Setiap hari jumaat, aku akan pergi ke pasar malam sebab aku nak makan. Tapi pada suatu hari, kawan aku nak beli tudung. Dekat pasar malam tu, setahu aku ada 2 atau 3 gerai je yang jual tudung, yang pasti, peniaganya adalah melayu. Nak dijadikan cerita, kami pun singgahlah kat satu gerai ni. banyak juga tudung yang dijual.Ada warna merah,oren,pink,kelabu,ungu, biru air laut, kelabu tahi anjing dan bermacam lagi yang pastinya aku tidak akan pakai. kalau aku pakai, mesti kawan aku tak bagi aku main bola lagi.
Sampai je digerai tu, kawan aku pun 'tersuka' kat satu tudung ni. Cantik warnanya. Kalau kita dah suka, mesti kita tanya harga sebab takut 'lari peruntukan'. tetapi malangnya peniaga yang kacak seorang ni dengan angkuhnya berkata, " mahal tudung ni". Tetapi kami tetap nak tahu berapa harganya tanpa mempedulikan 'keangkuhan peniaga tersebut'. peniaga itupun menjawab,'"RM75". Malangnya aku yang agak pekak ni tidak berapa dengar. aku pun bertanya sekali lagi dan peniaga tersebut mengeluarkan jawapan yang sama. Aku tak dengar tetapi kawan aku dengar apa yang dikatakan oleh peniaga tersebut. Selepas itu, peniaga itu menambah," tak payah tanyalah kak,TAK MAMPU!"betapa geramnya aku mendengar jawapan tersebut. Kami pun beredar tanpa mempedulikan peniaga 'kacak' tersebut.
Persoalan disini, macam inikah sifat peniaga melayu? adakah bangsa melayu memang tidak pandai berniaga? Adakah bangsa kita tidak sabar? Apa yang pasti bukan semua peniaga melayu semacam ini. Tetapi jikalau ini diteruskan, selama mana sekalipun, kita memang perlukan tongkat! Tetapi sedarkah kita 'tongkat kayu ajaib' itu pun sudah makin mereput?

Minyak lagi..

Aku sebenarnya agak pelik dengan cara pembayaran subsidi kepada rakyat oleh kerajaan. Cara yang nampak menyusahkan. berapa sangatlah RM625 tu. sebulan RM52! pelik-pelik..
P/s: alangkah leganya kalau kereta boleh jalan pakai air.

Asssalamualaikum..

Dimalam yang sejuk ini, sebaik sahaja aku membuka laman web 'chedet'. Aku dikejutkan dengan komen dari pembaca mengatakan harga minyak naik. Hari ini juga adalah hari pertama blog ini dicipta.. RM2.70!! alangkah tingginya harga tersebut! Seantero Malaysia akan tidak akan bersetuju. Aku yang ada motosikal ni pasti terasa dengan harga tersebut. Kalau pakai kereta lagilahLepas ni kita pakat ramai-ramai naik basikal. barulah sihat. Tetapi siapa yang kerja pejabat tak boleh bepakaian segak sebab sah lepas tu mesti berpeluh. Apa yang saya sangat takuti adalah harga makanan yang sedang meningkat pasti akan terus meningkat. lepas ni semua barang tak payah nak letak harga siling. biar tak 'berbumbung'. Harga beras naik, Simen naik..lepas ni sah roti, roti canai, kuih karipap dan seangkatan dengannya pasti akan naik! Gaji naik sekali je, tapi barang naik berkali-kali..