Monday, June 9, 2008

Apa itu miskin?

Secara umumnya kemiskinan itu adalah ketidakmampuannya seseorang itu untuk memenuhi atau kekurangan keperluan asas dalam hidupnya atau. Dizaman moden ini, kemiskinan bagi kebanyakan orang adalah kekurangan wang. Bank dunia mentafsirkan seseorang itu adalah terlalu miskin jika berpendapatan kurang dari US$ 1 sehari manakala jika kurang dari US$ 2 sehari dianggap sebagai miskin. Dianggarkan terdapat seramai 1.1 billion orang yang berpendapatan bawah US$ 1 manakala seramai 2.7 billion orang yang berpendapatan bawah US$ 2! Penduduk yang terdiri dalam terlalu miskin telah berkurang dari 28% pada 1990 kepada 21% pada 2001. Kemiskinan Di Asia Timur dan Selatan juga berkurang kepada 27%, jatuh dari 29.5% pada 2006 dan 69% pada 1990. Walaubagaimanapun kadar kemiskinan di Afrika (subsahara) telah meningkat dari 41% pada 1981 kepada 46% pada 2001. Ini telah meningkatkan populasi kemiskinan dari 231 juta orang kepada 318 juta orang.

Di Malaysia dianggarkan terdapat seramai 50,000 keluarga miskin tegar atau seramai 1% daripada 25 juta penduduk Malaysia. Di Malaysia, kemiskinan tegar adalah pada mereka yang berpendapatan kurang RM264.50! Kemiskinan di bandar adalah seramai 2% manakala seramai 11.4% bagi penduduk luar bandar. Orang Melayu masih lagi mengungguli paras kemiskinan iaitu pada paras 8.3%, kaum India mencatatkan sebanyak 2.9% dan kaum Cina mencatat 0.6%.

Merujuk United Nations Human Development Report 2004, Malaysia mempunyai jurang golongan kaya-miskin yang paling luas di rantau ini.
Sebanyak 10 peratus rakyat Malaysia mempunyai kekayaan berlebihan 22 kali ganda daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang paling miskin. Malah, 10 peratus rakyat Malaysia yang terkaya itu menguasai 38.4 peratus ekonomi negara, tetapi 10 peratus rakyat termiskin hanya menikmati 1.7 peratus sahaja ekonomi negara. Antara beberapa faktor yang menyumbang kepada kemiskinan adalah yang paling utama faktor ekonomi. Antara faktor lain ialah faktor kecacatan atau OKU. Kesimpulannya, dari fakta diatas diharap kita semua sedar bahawa kemiskinan itu musuh negara malah islam itu mengatakan bahawa kemiskinan membawa kemungkaran. Indeks jenayah akan meningkat jika kemiskinan juga meningkat. Malangnya umat islam itu sendiri terkenal dengan “KEMISKINAN”. Aduh-aduh...

3 comments:

an Azita said...

biar miskin harta..jgn miskin budi pekerti..biar miskin duit..jgn miskin harga diri..

shahrul rizal said...

betul-betul aku setuju!!

Sang Lekuk...x de kaitan ngan Hang Lekuk said...

ako ade sorang kawan.....name beliau saudagar semut...keluarga dier sume ade 7 org...bapak dier keje kerajaan ngan gaji 8000. duk kt KL dan adik adik dier sume masih skolah...rase rase nye tu miskin ke tak...cukup x duit tu???

ako ade sorang lg kawan...adik beradik 6 org...bapak dier keje kebun...ade la 7 - 800 sebulan...kak dier sorang pakar bedah...sorang arkitek...sorang pensyarah....member ako nih lak sume kemudahan anak Felda dier dpt pasal bapak dier susah...miskin ke camtu????