Aku selalu berpendapat dan aku yakin begitu juga dengan yang lain bahawa perpaduan itu amat penting terutama di dalam negara yang berbilang kaum. Tetapi aku juga berpendapat, perpaduan yang kekal akan hanya boleh dicapai dengan wujudnya keseimbangan ekonomi. Walaubagaimanapun, secara semulajadinya perkara ini tidak akan tercapai selagi manusia itu mempunyai nafsu. Oleh itu, adalah mustahil kerana nafsu itu adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan dengan manusia itu sendiri. Aku yakin tidak ada manusia di dunia ini yang tidak mempunyai nafsu. Disebabkan wujudnya nafsu dalam diri kita ini, apa yang dihajati pasti akan dicari dan apa yang diperolehi pasti akan dikekal dan ditambah kononnya atas dasar kestabilan. Itulah manusia, kita tidak boleh lari dari nafsu. Disebabkan nafsu kepuasan tidak akan ada dalam diri setiap manusia. Aku bersetuju bahawa nafsu juga membawa kepada kebaikan seperti bersifat rajin, betanggungjawab dan sebagainya, tetapi ianya juga membawa kepada sifat tamak dan sifat ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih dahsyat seperti peperangan. Kalau bukan nafsu tidak wujud peperangan dunia pertama dan kedua. Atas dasar nafsu manusia akan cuba untuk mengekalkan kuasa selama yang mungkin dan atas dasar nafsu orang yang lemah akan ditindas. Sebab itu islam mewajibkan kita menunaikan solat lima dan zakat agar nafsu kita sedikit sebanyak dapat dibendung.
Apa yang pasti, aku amat bersetuju saranan Tun Dr. Mahathir tentang apa itu perpaduan. Melayu perlu membentuk perpaduan! Walaubagaimanapun, aku juga berpendapat, kita juga perlu membentuk perpaduan dengan bangsa dan agama yang lain kerana di Malaysia ini bukan hanya melayu dan agama islam sahaja yang wujud dan melayu juga perlu ada sifat bahawa kita juga setanding dengan bangsa lain. Aku dapati, selama 27 tahun aku hidup kat bumi Malaysia ini ada beberapa petikan ayat yang selalu diungkapkan oleh orang melayu dan selalunya agak negatif antaranya ialah:
Apa yang pasti, aku amat bersetuju saranan Tun Dr. Mahathir tentang apa itu perpaduan. Melayu perlu membentuk perpaduan! Walaubagaimanapun, aku juga berpendapat, kita juga perlu membentuk perpaduan dengan bangsa dan agama yang lain kerana di Malaysia ini bukan hanya melayu dan agama islam sahaja yang wujud dan melayu juga perlu ada sifat bahawa kita juga setanding dengan bangsa lain. Aku dapati, selama 27 tahun aku hidup kat bumi Malaysia ini ada beberapa petikan ayat yang selalu diungkapkan oleh orang melayu dan selalunya agak negatif antaranya ialah:
- " Cina memanglah pandai berniaga, dia tak payah sembahyang, halal haram pun tak peduli"
- "Aku tak boleh nak presentla, aku tak pandai cakap depan orang, Bahasa inggeris aku pun teruk, cina lainla hari-hari cakap bahasa inggeris"
- "Nanti kau habis belajar nanti engkau nak kerja apa? Kursus yang engkau ambil tu, aku rasa susahla nak dapat kerja" ( kadangkala ayat ini diungkap oleh cikgu yang pastinya melemahkan semangat anak muda tersebut)
- " Habis belajar nanti kerjalah dengan kerajaan, kalau dapat jadi cikgu lagi bagus..kerja senang..cuti pun banyak"
- " Aku masuk parti ni sebab nanti kalau aku nak berniaga, ada banyak kabel..nak dapat kontrak pun senang"
2 comments:
bila aku renung-renungkan@#$%^&*()+
aku tertido plak..ZZZZZZZZzzzz
tapi aku tak tido kosong, aku bermimpi...
"alangkah aman nya hidup kita mempunyai nafsu baik...dan tiada lah sengketa di antara manusia"
Amalan baik haruslah berlandaskan kepercayaannya kepada agamanya...kerana kita bukan hanya punyai nafsu baik malah nafsu jahat...oleh itu, kita hayatilah agama kita, moga hidup seorang akan bertambah menjadi 2, bertambah 3 dan seterusnya yang boleh membentuk perpaduan yang kuat.
tu la gunenye iman, buat kawal nafsu.
nafsu kalau dibiarkan bermaharajalela la die. pe2 pun aku pun cam ko slalu dgr ayat yg diungkapkan. tapi yang penting jangan biar orang pengaruhi kite ke arah negatif tapi kite yg pengaruhi org ke arah positif
Post a Comment