Wednesday, June 4, 2008

Penjaja Melayu...

Penjaja melayu..

Setiap hari jumaat, aku akan pergi ke pasar malam sebab aku nak makan. Tapi pada suatu hari, kawan aku nak beli tudung. Dekat pasar malam tu, setahu aku ada 2 atau 3 gerai je yang jual tudung, yang pasti, peniaganya adalah melayu. Nak dijadikan cerita, kami pun singgahlah kat satu gerai ni. banyak juga tudung yang dijual.Ada warna merah,oren,pink,kelabu,ungu, biru air laut, kelabu tahi anjing dan bermacam lagi yang pastinya aku tidak akan pakai. kalau aku pakai, mesti kawan aku tak bagi aku main bola lagi.
Sampai je digerai tu, kawan aku pun 'tersuka' kat satu tudung ni. Cantik warnanya. Kalau kita dah suka, mesti kita tanya harga sebab takut 'lari peruntukan'. tetapi malangnya peniaga yang kacak seorang ni dengan angkuhnya berkata, " mahal tudung ni". Tetapi kami tetap nak tahu berapa harganya tanpa mempedulikan 'keangkuhan peniaga tersebut'. peniaga itupun menjawab,'"RM75". Malangnya aku yang agak pekak ni tidak berapa dengar. aku pun bertanya sekali lagi dan peniaga tersebut mengeluarkan jawapan yang sama. Aku tak dengar tetapi kawan aku dengar apa yang dikatakan oleh peniaga tersebut. Selepas itu, peniaga itu menambah," tak payah tanyalah kak,TAK MAMPU!"betapa geramnya aku mendengar jawapan tersebut. Kami pun beredar tanpa mempedulikan peniaga 'kacak' tersebut.
Persoalan disini, macam inikah sifat peniaga melayu? adakah bangsa melayu memang tidak pandai berniaga? Adakah bangsa kita tidak sabar? Apa yang pasti bukan semua peniaga melayu semacam ini. Tetapi jikalau ini diteruskan, selama mana sekalipun, kita memang perlukan tongkat! Tetapi sedarkah kita 'tongkat kayu ajaib' itu pun sudah makin mereput?

1 comment:

DrKong said...

tak mesra alam langsung penjual tu. teruk betul dan tak berkembang kepala otaknye.

anyway, memang ada sebahagian orang semacam tu tak kira melayu, india cina etc. yang penting kalau dah jadik penjual, perlulah mengutamakan pelanggan.. baru bisnes maju.