Sunday, June 8, 2008

Suka atau senang?

Suka atau senang?

Setiap manusia tidak kira kecil, besar, tua atau muda pasti ada sesuatu yang sangat disukai. Ada orang sangat suka kepada kereta. Ada pula yang suka membeli belah. Berhabis sebanyak mana sekali tidak menjadi soal asal diri merasa puas. Ini bermakna ‘suka membawa kepada kepuasan’. Tetapi sedarkah kita sebagai manusia, apabila membabitkan kerjaya atau masa depan, apa yang kita suka tidak lagi menjadi soal. Apa yang penting berapa banyak duit yang diperolehi. Oleh itu ia akan membawa kepada kesenangan. Ini pula bermakna ‘duit membawa kesenangan’.

Walaubagaimanapun, tidak semua kerjaya itu adalah apa yang kita suka. Lebih 90% manusia didunia tidak gembira apa yang mereka lakukan terhadapa kerjaya mereka. Tetapi asal dapat duit, pendam sahajalah dihati. Tetapi kebanyakan orang yang berjaya didunia ini melakukan apa yang mereka sangat suka. Sebagai contoh Warren Buffet, Bill Gates, Donald Trump, Syed Bukhari, Tun Dr. Mahathir. Mereka ini dikenali sebagai orang yang amat berjaya terhadap bidang yang mereka lakukan. Sebagai contoh Nicol David, walaupun memperolehi keputusan SPM yang sangat cemerlang tetapi demi cita-cita, impian dan melakukan apa yang disukainya Nicol sangup melupakan pengajiannya ke menara gading. Sekarang terbukti pilihan Nicol tidak salah. David Beckham pula dikatakan akan menambah sendiri jadual latihannya agar dapat meningkatkan prestasi dan ini dilakukan kerana dia melakukan apa yang dia suka. Ini pula bermakna, ‘suka membawa kejayaan’. Jikapun kita tidak berjaya atas apa yang kita suka, saya percaya kegagalan tersebut juga satu kepuasan yang amat besar.

Dimasa ini, terdapat ibubapa yang menyuruh anak mereka melakukan apa yang mereka rasa penting dan perlu, bukan apa yang anak mereka suka. Saya percaya, melakukan sesuatu yang kita suka akan membantu kepada pembentukan sahsiah seseorang tersebut. Sebagai contoh, jika anak tersebut terlalu suka bermain bolasepak, berikannya galakan dan bimbing anak tersebut supaya dia tidak tercicir dipertengahan jalan. Jikapun kita ingin anak kita menjadi doktor, berikan galakan dengan mempertontonkan dokumentari dan rencana terhadap bidang kedoktoran, bukan menonton akademi fantasia!

Kualiti kerja akan meningkat jika kita suka, gembira dan bahagia terhadap apa yang kita lakukan. Ramai orang mahu menjadi cikgu atau kakitangan kerajaan kerana merasa masa depan akan ‘terjamin’. Kalau tanya kenapa tidak membuka perniagaan, mereka akan kata “maaf, aku tidak minat berniaga”.

Kesimpulannya, Tepuk dada, tanya Iman. ‘Suka atau senang’.

No comments: